Cina Amerika

Orang Cina di Amerika Syarikat (bahasa Cina: 美籍華人 atau 華裔美國人) merujuk kepada orang-orang di Amerika Syarikat yang berketurunan Cina. Orang Cina Amerika adalah sekumpulan orang Cina seberang laut dan juga sebahagian kelompok orang Asia Amerika. Pendatang Cina pertama tiba pada tahun 1820 menurut catatan kerajaan A.S. Tidak lebih 1,000 orang tiba sebelum California Gold Rush tahun 1848 yang menarik buruh secara beramai-ramai dari China untuk melakukan kerja buruh kasar untuk pencarigali emas tempatan. Terdapat 25,000 orang pendatang menjelang tahun 1852, sebelum meningkat kepada 105,465 orang pada tahun 1880, kebanyakannya tinggal di Pantai Barat. Kebanyakan pendatang awal ini merupakan lelaki muda yang berpendidikan rendah dari wilayah Guangdong.[5] Orang Cina merupakan antara pendatang-pendatang awal yang tiba untuk menetap di A.S. tetapi pemasukan pendatang baru dari situ dilarang sejak tahun 1885 hingga tahun 1965 apabila larangan terhadap pendatang Asia dimansuhkan oleh Akta Pembaharuan dan Kawalan Imigresen.